Kelayakan dan Kemudahan

KELAYAKAN/ELAUN/KEMUDAHAN

Mengira Peruntukkan Elaun & Gaji Yang Boleh Diperoleh Melalui Latihan

ELAUN LATIHAN TEMPATAN

Elaun Latihan Tempatan bagi anggota LLP akan dinaikkan sebanyak 50% daripada RM4.00/jam kepada RM6.00/jam mulai tahun 2013. Dalam setahun, terdapat 24 siri latihan tempatan yang selalunya bermula pada bulan Februari/March dan berakhir dalam bulan September/Oktober. Setiap siri memperuntukkan 10 jam latihan maksimum. Jadi matematiknya adalah seperti berikut:

RM6.00/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1440.00

dan bagi pegawai pula adalah seperti berikut:

RM7.80/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1872.00 (kenaikan daripada RM 5.80/jam kepada RM 7.80/jam)

ELAUN LATIHAN BERTERUSAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan berterusan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota boleh menghadiri kedua-dua latihan tersebut selama 7 hari bagi satu siri. Gaji pokok bagi setiap pangkat dikatakan telah naik.

Siri 1 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 1
Siri 2 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 2


ELAUN LATIHAN KEM TAHUNAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan kem tahunan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota hanya dibenarkan menyertai salah satu siri sahaja yang dilaksanakan selama 15 hari.

15 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Bagi Latihan Kem Tahunan

Bagi anggota berpangkat prebet, sekurang-kurangnya memperoleh RM 502.00,
Bagi anggota berpangkat lans koperal, sekurang-kurangnya RM 645.00,
Bagi anggota berpangkat koperal, sekurang-kurangnya RM 760.00.
.............

SAGUHATI/BOUNTY

Dengan menghadiri latihan kem tahunan sahaja tanpa menghadiri mana-mana latihan tempatan, anggota secara automatik layak mendapat bounty 3suku berjumlah RM 390.00 kerana jumlah jam latihan yang terkumpul adalah seperti berikut:

15 hari x 24 jam = 360 jam

Untuk melayakkan seseorang anggota mendapat bounty penuh, sekurang-kurangnya 2 x siri latihan tempatan(2 x 10 jam) perlu di hadiri bagi mencukupkan jumlah jam latihan sebanyak 380 jam bagi bounty penuh tersebut. 

Sebagai panduan:

>120 jam = bounty separuh RM 260.00
>240 jam = bounty 3suku RM 390.00
>380 jam = bounty penuh RM 520.00

Sebagai ingatan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran rejimen kita sendiri ataupun menjadi pembantu jurulatih/demo, kita sudah layak menerima bounty penuh kerana kiraan jam latihannya adalah seperti berikut:

30 hari x 24 jam =  720 jam.

Sebagai mengelak kekeliruan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran PUSWATAN, kita tidak layak mendapat bounty kerana jam latihannya tidak dikira.

ELAUN KURSUS

Dikhabarkan gaji pokok bagi setiap pangkat telah berubah dan naik, walaubagaimanapun jumlah sebenar gaji pokok bagi setiap pangkat masih belum jelas. +- Angka lama seperti berikut:

Perajurit Muda: RM 886
Prebet: RM 1004
Lans Koperal: RM 1290
....................

Bagi yang menghadiri mana-mana kursus di PUSWATAN, selain daripada gaji, seseorang itu juga akan layak mendapat elaun pentadbiran sebanyak RM 301.00.



ELAUN PERJALANAN/PENGANGKUTAN

Bagi yang menghadiri latihan dengan menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, kita boleh mendapatkan claim dengan menghantarkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat batalion kita yang kemudiannya akan dihantar kepada pejabat gaji. Jika menaiki kenderaan sendiri, hantarkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut di awal tahun(sah sepanjang tahun tersebut):

1) Geran kenderaan
2) Insuran Kenderaan
3) Road Tax
4) IC
5) Lesen 
6) Bat C 20(jika ada)
7) Bil air/elektrik

(3 salinan setiap satu)

Setiap kali anda menghadiri latihan tempatan sebagai contoh, anda layak menerima elaun perjalanan yang akan dibayar beserta dengan elaun latihan tempatan tersebut.

Anggaran adalah mengikut kilometer jarak dari rumah ke kem dan CC kenderaan anggota.

24 siri x RM 30(contoh) = RM 720

ANGGARAN KASAR PEROLEHAN SEPANJANG TAHUN 

Latihan Tempatan RM 1440
Latihan Berterusan 1 RM 250
Latihan Berterusan 2 RM 250
Latihan Kem Tahunan RM 502
Full Bounty RM 520
Kursus(lans koperal) RM 1290
Elaun Perjalanan RM 720
Elaun Pentadbiran RM 301
---------------------------

Anggaran Kasar Jumlah +-RM 5273

1 comment: